Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima
oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan
negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah ,
Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah
dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan
setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu
mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia
termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam
dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.
Sebenarnya ! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Islam . Islam bukanlah
sebuah agama atau falsafah ; Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup
yang mudah , selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam
dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini , “Islam ialah
sebuah gaya dan cara hidup yang bersih , mudah , suci dan selamat bagi
setiap orang manusia”.
Sesuatu yang paling ramai takut dengan Islam ialah hukumannya . Hukuman
Islam sangat-sangat berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk
mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah dan bukan untuk
menyeksa manusia. Tujuan utama undang-undang Islam ialah untuk menjaga
hak anda , menjaga keluarga anda , untuk menyelamatkan harta anda ,
untuk menyelamatkan diri anda , melindungi kaum wanita dari menjadi
mangsa rogol , untuk menyelamatkan manusia yang lemah , dan tiada
tujuan lain.
Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua
manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat.
Semua agama di dunia ini memberikan peringatan , amaran dan mengajar
manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang
dirinya dan buat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke
dunia berikutnya.
Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja , Islam tidak
mengajar manusia tentang rahsia dunia ini kehidupan ini kerana seorang
pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan
yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara
saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun
diterangkan , sudah pasti tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu
mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukan pesakit.
Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai.
Allah Maha mengetahui , Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan
manusia , Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara-cara mencegah
penyakit . Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar
cara membina enjin , gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar
cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta ,
membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang
ada kebolehan untuknya.
Katakanlah:”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah
diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada
Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya,
dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan
sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan
seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah
diri”. (Aali Imraan: 84)
COPY AND PASTE .......DAN MENJADI MUSLIM SEJATI..INSYALLAH....